♥ بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم♥

Friday 31 May 2013

Langit Terbuka Hati Tertutup



"Apa pandangan awak tentang para remaja kita yang terlanjur?"
"Apa maksud terlanjur?" saya menyoalnya kembali.
"Terlanjur melakukan hubungan seks haram," balasnya terus terang.
"Bagi saya istilah terlanjur itu tidak tepat."
"Apa istilah yang lebih tepat?"
"Berzina!" jawab saya.
Lelaki itu mencebik. "Kasar sangat bunyinya tu. Nanti remaja yang terlanjur takut."
"Mereka tidak akan takut. Mereka berani. Sebab beranilah mereka berzina."
"Lagi-lagi awak gunakan istilah zina. Kasar sangat bunyinya tu."
"Itu istilah yang tepat. Itu istilah Al-Quran. Jika digunakan ada impak kepada pendengarnya. Kita teringat Allah, Al-Quran, iman dan Islam."
Dia diam. Tetapi riak mukanya jelas seakan tidak bersetuju.
"Saya rasa istilah terlanjur itu yang tidak tepat," saya pula menerjahnya.
"Eh, kenapa? Memang mereka terlanjur. Mereka tidak tahu akibat perbuatan mereka.
Saya tersenyum. Lucu. Kenyataan yang separa logik.


"Zina tidak berlaku tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya," balas saya.
"Zina pun ada mukadimah?"
"Itulah perkara-perkara atau perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada zina. Zina itu adalah hasil daripada satu demi satu. Tingkat demi tingkat."
"Cakap awak berbelit-belit!"
"Saya hanya menerangkan apa yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.," jawab saya.
"Kita jangan libatkan agama. Ini masalah sosial," katanya terus terang.
"Kita orang Islam. Islam itu cara hidup. Dan Nabi s.a.w. adalah teladan ikutan kita."
"Baik-baik. Teruskan..."
"Antara mukadimah zina ialah pandangan mata, kata-kata, sentuhan tangan, deria bau melalui hidung dan akhir sekali barulah melibatkan kemaluan."
"Ok. Apa maksud awak?"
Saya renung matanya. Dia bukan orang awam biasa. Dia seorang intelektual yang sering membentangkan kertas kerja tentang masalah sosial remaja di seminar-seminar di IPT.


"Zina dimulakan dengan pandangan. Pandangan mata sangat mempengaruhi hati. Apabila pendedahan aurat berleluasa, remaja sukar menjaga mata. Apabila ada yang mendedahkan, ramai pula yang melihatnya dan dari situ timbullah rangsangan..."
"Habis awak nak semua wanita tutup aurat? Mustahil!" balasnya.
"Ya, saya akui agak sukar. Tetapi itu tidak mustahil. Bukankah ini ajaran Islam? Islam itu ajaran yang praktikal dan sesuai untuk semua zaman dan keadaan. Remaja perempuan tutup aurat. Remaja lelaki tundukkan pandangan. Jadi, satu proses ke arah zina telah diatasi. Ini yang dilakukan oleh generasi sahabat, tabiin dan salafussoleh dahulu."
"Itu dulu. Sekarang langit sudah terbuka!"
"Bukan masalah langit terbuka atau tidak. Tetapi yang lebih penting hati kita mesti terbuka untuk menerima panduan Islam kerana kita orang yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhirat."
"Lagi-lagi akhirat. Sekarang kita bercakap soal dunia. Masalah dunia. Kita di dunia, belum lagi di sana."
Tanpa sedar terasa seakan-akan hendak saya gelengkan kepala.
"Tuan, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita masih hidup di dunia," tegas saya.
"Fasal apa pula?"
"Sebab orang yang yakin kepada hari akhirat akan mengatur hidupnya dengan keyakinan bahawa setiap perbuatannya akan diberi pembalasan di akhirat. Ada pahala, ada dosa. Ada syurga, ada neraka. Itulah kawalan dari dalam dirinya untuk tidak melakukan kejahatan sama ada di hadapan atau di belakang orang!"
"Kembali pada topik asallah. Saya tidak suka meleret-leret," pintasnya agak kasar.


"Zina sentuhan pula ialah pergaulan bebas. Apabila dipandang, tergerak pula untuk menyentuh. Islam menyekat pergaulan bebas lelaki wanita. Tidak boleh bergaul sesuka hati apatah lagi sampai ke peringkat berdua-duaan tanpa mahram."
Belum sempat dia menyampuk saya menambah, "Tetapi pergaulan bebas inilah yang terus digalakkan, dipromosikan dan dijadikan budaya dalam masyarakat kita."
"Awak nak sekat interaksi dan komunikasi antara wanita dan lelaki? Mustahil!"
"Interaksi yang bagaimana? Komunikasi yang bagaimana? Dalam Islam cukup jelas bagaimana wanita dan lelaki boleh berinteraksi. Dalam pendidikan, perniagaan, perundangan dan lain-lain. Pergaulan tidak disekat, tetapi dikawal. Islam bukan anti pergaulan atau anti sosial, tetapi menyekat pergaulan bebas tanpa batas yang menjurus kepada perlakuan seks bebas kerana adanya pandangan liar dan sentuhan di luar batas!"
"Bagaimana awak nak capai semua tu. Itu satu utopia."
"Bukan satu utopia kalau kita mulakan. Di peringkat keluarga kita cuba didik, kawal anak-anak kita. Di sekolah peranan guru-guru pula. Di IPT tentulah orang semacam awak, para pensyarah. Dalam media massa cetak dan elektronik tentulah pihak berkuasa yang memainkan peranan."
"Habis awak ingat semua pihak dah tak berperanan?"
"Saya bimbang... Dalam keadaan kita menjerit, melolong dan memekik tentang masalah buang bayi, tetapi budaya 'mukadimah zina' terus dipromosikan. Lihat sahaja media massa kita, kekadang di sebelah cerita buang bayi, ada gambar wanita mendedahkan aurat. Iklan bagi apa-apa jua produk, gambar bergaul bebas dan eksploitasi tubuh wanita itulah yang ditonjolkan juga."
"Itukan ada nilai komersial?''
"Saya kasihan remaja masa kini. Mereka hidup di tengah-tengah peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali. Jalan ke arah zina diperluas. Tetapi jalan ke arah pernikahan halal disempitkan dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan."
"Kita perlu realistik. Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh."
"Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan maruah dan iman anak-anak remaja kita?'


"Sejak tadi saya bercakap macam mana kita nak atasi masalah buang bayi. Itu sahaja. Tetapi awak melencong bercakap tentang zina..."
"Tuan, masalah buang bayi ini produk kepada masalah zina. Anak yang dibuang itu hasil zina. Cegah zina, selesailah masalah buang bayi. Dan nak cegah zina perlu dicegah dulu mukadimah-mukadimah zina. Ini bukan pendapat saya. Tetapi ini ditegaskan oleh Allah dalam memberi amaran dan peringatan, 'jangan kamu hampiri zina!"'
"Awak dah mula emosional."
"Jika saya salah kerana beremosi, tuan juga salah kerana tidak beremosi. Membenci kemungkaran adalah soal perasaan. Ini soal hati. Ini berkait dengan iman. Tidak ada iman bagi mereka yang melihat kemungkaran tanpa rasa benci!"
"Islam menyuruh kita membenci?"
"Benci kepada kemungkaran bukan kepada yang melakukannya! Kepada yang melakukannya kita perlu berdakwah, memberi didikan, memberi alternatif, dengan penuh kasih sayang dan hikmah."
"Kalau iman kita kuat, apa sahaja pengaruh luaran tidak mempengaruhi dalaman kita. Kita ada sistem  penapis dalaman atau self-censorship."
"Soalnya, betulkah iman kita kuat? Betulkah iman remaja kita kuat? Dan, betulkah orang orang yang mempunyai iman yang kuat tidak perlukan kawalan dan peraturan? Sekuat-kuat iman pun masih perlukan syariat. Bahkan mematuhi syariat itulah bukti orang beriman."
"Apa maksud awak?"
"Maksud saya, benarkah iman kita kuat? Mana program yang membina iman? Memang ada sedikit, tetapi ditenggelamkan oleh program hedonisme yang berlambak-lambak. Iman itu ada bajanya, ada racunnya. Kalau kita menabur racun manakan tumbuh pohonnya, apatah lagi buahnya. Bahkan benihnya yang sedia ada pun boleh mati."
"Banyak sangat perlambangan!"


"Dan orang yang kuat iman sekalipun masih diwajibkan mematuhi syariat atau peraturan Islam. Rasulullah s.a.w., manusia yang paling kuat iman, namun semasa menerima baiah daripada kaum wanita Baginda sendiri tidak bersalaman dengan mereka. Isteri-isteri Rasulullah kuat iman, tetapi mereka tetap menutup aurat dan sangat menjaga pergaulan mereka sekalipun dengan sahabat-sahabat Rasulullah yang juga kuat imannya."
"Itu sejarah."
"Bukan. Itu bukan hanya sejarah. Sejarah itu adalah ibrah untuk dikaitkan dengan masa kini dan dijadikan teladan."
"Awak sindir saya?"
Tanpa memberi respons pada provokasinya saya meneruskan, "Saya masih ingat, dengan akal fikiranlah dulu ada idea yang menyarankan kita agar tidak menutup pintu langit. Jangan sekat akses itu dalam Internat. Cukup dengan iman masing-masing untuk menapis pornografi. Tetapi sekarang ada idea yang menyarankan perlu disekat akses Internet yang berunsur pornografi. Masalah manusia moden bukan tak pandai... tetapi memandai-mandai."


"Apa pandangan awak tentang sekolah remaja hamil?" tiba-tiba dia pula yang mengalih tajuk perbualan.
"Baguslah. Tetapi saya tidak berminat membuang sampah di hilir atau muara sungai sedangkan ada pihak yang terus membuang sampah di hulunya!"
"Apa maksud awak?"
"Remaja hamil anak zina perlu dilindungi dan dididik. Tetapi remaja yang belum hamil dan belum dinodai lebih ramai lagi di luar sana. Ramai yang bakal menjadi mangsa jika sikap dan budaya 'mukadimah zina' terus disuburkan. Apa gunanya kalau kita hanya mengubat, jika puncanya terus dibiarkan?"
"Jadi awak setuju atau tidak?"
"Itu soalan kemudian. Yang pertama atau utama, saya ingin menyoal, awak setuju atau tidak semua mukadimah zina yang ada ini dicegah? Dalam Islam kaedah ini dinamakan 'sad al-zarai' (menutup pintu kemudaratan). Kempen tutup aurat, kempen anti pergaulan bebas dan kempen solat perlu diperhebat! Ini kempen 'buka hati' untuk hadapi langit terbuka!"
"Eh, ada kempen solat juga?"
"Ya. Bukankah solat mampu mencegah kemungkaran? Cuba lihat statistik berapa ramai remaja yang meninggalkan solat? Dulu ada kajian yang menyatakan 80% umat Islam tidak solat. Remaja kita bagaimana? 'Retua' yang mendidik remaja pula bagaimana?"
"Wah, awak nak cakap tentang solat pula!"


      Saya diam. Berdoa. Betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami, menghayati, mengamalkan serta memperjuangkan agamanya. Padahal ajaran Islam itu berkait antara satu sama lain.
      Langit sejak dulu telah terbuka dengan turunnya wahyu. Tetapi hati kitalah yang tertutup untuk menerima cahayanya. Apa gunanya langit terbuka, jika mata hati tertutup? Hasilnya hati dan diri kita tetap gelap dalam limpahan cahaya!
                                                                                



Penulis :
Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Ruangan Beduk Diketuk
Majalah Solusi
BLOG



REWRITE,
Author







Tuesday 28 May 2013

Kata Pujangga

Bahagialah mereka yang menjadi tuan kepada dirinya, Yang menjadi pemandu untuk nafsunya, Yang menjadi nakhoda pada bahteranya.

Friday 10 May 2013

Drama Warkah Cinta & Drama Cinta dan Wahyu

Assalamualaikum w.b.t

Drama ini adalah adaptasi daripada Dwi Novel "Warkah Cinta Berbau Syurga" dan "Kala Cinta dan Wahyu Bersatu" karya Ustaz A. Ubaidillah Alias.




Di sini, aku nak ajak hangpa pakat ramai-ramai tengok cerita ni.
Cerita Cinta yang patut ditonton oleh remaja yang dok ada la ni.
In sha Allah, setiap episod ada macam-macam input, pengajaran dan nasihat yang berguna untuk kita semua.
Ambillah dan praktikkan input, pengajaran dan nasihat yang berguna itu untuk kita gunakan dalam kehidupan ini.


CINTA itu adalah fitrah bagi manusia.
Maka uruslah FITRAH CINTA itu dengan betul menurut Islam. Jangan mengikut nafsu semata. Kelak diri merana.



        _______________________________________________


Kat sini aku bagi link drama ni :


Watak Utama Drama ini :
| Imam Muda Nazrul | Heliza Helmi | Amira Rosli |

   

Review Drama Warkah Cinta SINI.

Cuba kita pula hadam apa yang Ustaz A.Ubaidillah Alias ingin sampaikan ini.



Ya, mana ada yang sempurna bukan? Cerita Warkah Cinta ini juga tidak terlepas daripada mendapat kritikan. Kebanyakkan kritikan-kritikan itu ada jugak kritikan yang membina.
Dan ada juga kritikan yang kurang sedap didengar. Biasalah kita, MANUSIA. "



Antara kata-kata yang aku suka dalam drama Warkah Cinta :)

"Selama-lamanya, kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan"



Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat dalam pembikinan drama ini. Cerita yang amat berguna untuk kita :)


- Lagi satu, Telefilem ''Cinta Kun Fayakun" pun best. 


Apa yang baik, kita ambil sebagai pengajaran.
Yang buruk, kita tinggalkan, jadikan sempadan.

Itu saja entry kali ni. Banyak promote cerita la pulak aku..huhu. Assalamualaikum. 




Saturday 4 May 2013

Salam Perjuangan




5 Mei 2013/24 Jamadilakhir 1434


PILIHANRAYA UMUM ke-13

Selamat Mengundi
Undilah Calon yang selayaknya. Semoga sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.



Doa senjata orang Mukmin

_______________________________________________________

Google 




Youtube






PESANAN : TOLAK POLITIK KOTOR!!!


Salam Perjuangan Untuk Semua :)


style="position:absolute;