♥ بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم♥

Tuesday 1 April 2014

Cuti-Cuti Cinta

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita sikit banyak pasal kami pi melancong, bercuti hari tu. Alhamdulillah, haritu dapat pi jalan-jalan ke Pulau Langkawi. First time la kiranya ni. Sebelum ni tak pernah pi pun. Kalau ikutkan dalam keluarga, yang pernah pi, abang aku yang first tu la. Tu pun rombongan dengan kawan-kawan dia. Yang kami pi ni pun rombongan jugak. Naik bas. Dengan orang kat sekitar sini. In sha Allah, kalau takdak apa-apa, tiap-tiap tahun ada la rombongan pi mana-mana. Jadi, tahun ni, Langkawi tempat yang terpilih untuk diserbu beramai-ramai. :D

So, saja jelah buat entry ni, khas pasal pi Pulau Langkawi haritu. Saja, nak buat kenang-kenangan. hehe. (aku ja pun yang baca blog ni. haha. *bak kata cik kuntum, kita lah peminat setia blog kita sendiri. hehe)

Ok, dah. Jangan dok merapu.
Jom. We start our journey...

Hari Pertama

Pagi-pagi bas dah mai, dan bertolak terus dari tempat berkumpul.
Perjalanan yang mengambil masa nak dekat 5 jam lebih jugak la.

Nampak signboard ni, kira dah nak dekat sampai lah tu kat jeti nak naik feri. Naik kat Jeti Kuala Perlis.

Dah sampai situ, bas pun tinggai kami untuk menaiki feri.
Nak tunggu naik feri tu pun nak dekat sejam lebih. Ramainya manusia waktu tu. Cuti sekolah kan. Memang sesak sikit kat sana. -_-


Perjalanan dari situ naik feri ambik masa sejam lebih jugak. (Memang syok tido ja la aku. Dapat pulak seat tepi tingkap.hehe). 
Sampai ja kat sana, kami naik bas yang dah disediakan. Pi makan & check-in hotel. 

So, hari first takdak aktiviti apa sangat pun. Petang tu ja, pi shopping. Kat Idaman Suri. Jadi, bila namanya rombongan, ada la had time-time dia, dari pukul berapa ke pukul berapa. Bagus jugak tu. Takdak la kematu aku nak tunggu orang yang shopping lama-lama ni.


Kedai Idaman Suri


Hari Kedua

Pukul 8 pagi ja, semua dah kena ada dalam bas. Sarapan apa semua dah kat hotel tadi. Kalau rombongan, mestilah ada Tourist Guide. Ni tourist guide kami,

Call her Kak Lijah/Aunty Lijah

First place yang dibawa ialah ke Kilim Geoforest Park. Makcik Lijah cerita yang Kilim Geoforest Park yang kami nak pi, merupakan tempat yang wujud hasil dari pembentukan-pembentukan semulajadi sejak 500 juta tahun dulu. (*kalau salah info, mintak maaf ye. Mungkin telinga aku 'tersimpan' jap dalam beg. hehe). Memang cantik tempat tu. Tenang. Indah. Sejuk mata memandang. Gituu. Nak jalan-jalan kat situ, kena naik bot. Dalam satu bot boleh naik dalam 10 orang. Kan rombongan kan, sampai-sampai ja, boleh naik bot terus. Semua dah siap. Tiket apa semua dah. Tu yang syok tu. Tak payah tunggu lama sangat.

Tempat yang kami pi kat situ, Gua Kelawar, Tempat Penternakan Ikan dalam Sangkar, Tempat bagi Makan Helang (Eagle Feeding) & Laut Andaman.


Gua Kelawar

Haa, nampak tempat ni, kira dah sampai la kat Gua Kelawar tu. Jom naik.




Nak masuk gua ni, kena bawak torchlight. Gelap. Tapi takpe, sapa yang tak bawak tu, sebelum nak masuk gua tu, ada tempat sewa torchlight. Singgit.


:)


Tu la kelawarnya. Biasalah, 'batman', siang dia tido. 


Ni ayah aku. Dok tengok apa pun tak tau.


Ni jalan-jalan yang ada sekitar kawasan Gua Kelawar tu.

Ok. Jom, teruskan perjalanan ke tempat seterusnya...


Dalam bot

Tempat Penternakan Ikan Dalam Sangkar

Ni namanya Ikan Sumpit. Sebab apa nama dia sumpit? Sebab, cara dia nak ambik makanan, dengan cara menyumpit. 

Ikan Sumpit

Macam ni la caranya. Letak makanan kat situ. Orang kata apa tah, macam bagi tampal 'lekat' kat kayu tu. Pastu nanti dia sumpit la. Ikan tu bole tengok dalam jarak penglihatan 1m lebih kot rasanya. Selalunya, makanan yang dia sumpit tu, bukan dapat ke dia. Dapat ke adik-beradik, sedara mara dia, kawan-kawan dia. Caring ni.



Ikan yang bawah ni, nama dia aku taktau la apa. hihi




Yang ni pulak ikan pari. Nak pegang dia kena panggil nama dia dulu. Nanti dia naik la kat permukaan air tu. Sekejap je dia naik. 




Nampak tak, semangat budak-budak ni nak panggil ikan pari tu. hehe

Kat sini, belangkas pun ada. Apa tah lagi. Tak ingat dah. Dengan ada Siput Rimau kot. 


Eagle Feeding (Tempat Bagi Makan Helang)


Depa bagi makan helang ni, kulit ayam ja. Lempar dari bot. Nanti helang tu mai la, sambaq makanan depa. 




Laut Andaman

Laut Andaman ni, kata depa, dekat dengan kawasan jajahan Thailand.
Dekat dengan situ ada Pulau Kasut. Sebab nama kasut, pulau tu bentuk macam kasut. :)


Nampak tak kasutnya? Tu, yang tengah-tengah tu. Tak nampak jugak? Kbaii

Tempat 'wajib' bergambo. hehe
Dah habis jalan kat sini, bot pun bawak kami ke jeti tadi balik. Dan kami ke tempat yang seterusnya. 


baiii

Lepas habis jalan kat situ, kami pi ke Pantai Pasir Hitam. Makcik Lijah cerita, kenapa pantai tu boleh jadi hitam, sebab dulu-dulu, kononnya, tempat tu telah disumpah oleh ikan duyung. Kononnya la. Langkawi ni banyak lagendanya (dongengan). Kata dia la. Macam-macam. Kalau cerita kat sini, jadi blog sejarah pulak. Panjang. 


Pantai Pasir hitam

Sekejap je singgah sini. Jalan-jalan tepi pantai jap. Makan angin lebih sikit.

Ok. Destinasi seterusnya kami ke Langkawi Cable Car (SkyCab) or Panorama Langkawi Cable Car. 

Tempat Nak Naik Cable Car

Errr. Nak tunggu turn naik, memang lama....Ya Allah

Satu Cable Car boleh naik dalam 6 orang.



Makcik Lijah kata, setiap hari Rabu, dari pagi sampai ke pukul 1 petang, ada orang akan datang untuk maintenance. Setiap hari Rabu. So, in sha Allah, jangan risau nak naik ;)

Ada tiga station. Base Station, Middle Station and Top Station.

Base Station tu, tempat yang mula-mula tadi tu la. Kat Middle Station kami tak turun. Untuk menjimatkan masa. Turun kat Top Station ja. 

Top Station, 708m above sea level. Ketinggian dia la. Dan nama Gunung kat sini ialah Gunung Machinchang. Kat atas ni, ada cafe, tempat rehat & lain-lain lagi lah.



Gunung Machinchang

Penat den nak naik tangga


Pemandangan dari Gunung Machinchang. Tu mak aku.

:)


Kat kayu tu, orang duk tulis/ukir nama masing-masing. haha. Orang Malaysia kreatif. Mana-mana tempat pun jadi. Dengaq cerita, nanti nak kena cat semula. :D

Kiri sekali tu, Middle Station

Pulau Buatan

Dua buah pulau yang nampak tu, pulau buatan. Tujuan dibina untuk melindungi dari arus ombak yang kuat. Kat pulau situ pun, ada orang rehat-rehat. Salunya Mat & Minah salleh la berjemur kat situ. Depa la cita.

Time ni SkyBridge tutup. Depa kata tengah renovation. Dapat tangkap gambar, dari jauh je la.




Ok. Masa untuk turun balik :)


Baiii. Baru rasa gayat sikit. Sikit je la :p

Pegi makan apa semua siap, dan lepas tu kami pi ke Kilang Pemprosesan Gamat di MH Saujana Enterprise.

Ni proses nak buat minyak Akar Seruntun. Diperbuat dari 210 jenis herba, & minyak ni, dimasak selama 21 hari. Malam depa tak masak, sebab takdak sapa yang menjaga. Maknanya siang je lah masaknya. Dan minyak Akar Seruntun ni, ada kisah dia yang tersendiri. *panjang nak cita

Minyak Akar Seruntun

Minyak yang bawah ni pulak, minyak gamat. Yang biasa tu. Kat rumah mesti ada minyak ni kan. hehe. Nak buat ni pulak, ia dimasak selama 7 hari.

Minyak Gamat


Nak masuk tempat buat minyak tu, kena tahan sikit la. Pedih mata. Asap kuat. Tapi, aku sebagai photographer yang 'power' (*bajet bajet), kena tahan sikit la nak tangkap gambo. :P



Mendengar penerangan (taklimat) tentang produk-produk yang dijual

Lepas pi kilang ni, pi tempat jual coklat. Kat situ murah sikit. Dengan shopping-shopping la apa yang patot. Pastu balek hotel. Malam memang takdak aktiviti apa-apa pun. Duk dalam hotel ja.



Hari Ketiga

Balik harini. Bertolak awai ke Jeti, untuk makan & pi kat Dataran Lang tu. Jalan-jalan situ jap. Sementara menunggu masa nak bertolak. Naik feri. :)

Sebelum tu, ada kejadian, ada 4 orang boleh pulak tertinggal bas. Tak perasan punya hal :D :D
Tapi, semuanya bisa di atur. (indon plak dah).




Ni la kami. Biasalah. Mai Langkawi ni mula-mula bawak satu beg, nak balik je 5-6 beg. Biasalah tuu. -_-


:)

Air yang membiru :) Saya suka

Dataran Lang, Langkawi

Nak balik dah




Tepat pukul 3 petang, kami naik feri dah. Baiii Langkawii.
Naik feri nak balek ni, rasa jap je dah sampai. Tak sempat aku nak tido dalam feri. hmm.
Bas dah tunggu tu kat Jeti Kuala Perlis. Lama gak kat situ, sebab apa? sebab ni, 



Tu dia barang-barang kami. Sampai dreba bas yang kena tolong susun kan. Kena kreatif nak susun ni. kiki. Terima kasih banyak-banyak tolong susunkan. :) 

Dan, tepat pukul 10 malam, kami sampai kat tempat berkumpul haritu. 

Alhamdulillah. Best pi sana. Seronok. Ahli rombongan pun sporting-sporting bangat. Moga berjumpa lagi di lain hari. hihi.

Ok. Assalamualaikum semua :)


style="position:absolute;