♥ بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم♥

Thursday, 13 June 2013

Last Seen???



Biar gambar berbicara. 
Biar hati terasa.



Seorang budak yang buta, dan tidak mahu penglihatannya dikembalikan :(


    

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ






RENUNGAN BERSAMA



Kubur Menyeru Manusia 5 Kali Sehari

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.


3. Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparannya.


4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "بسم الله" sebagai penawar.


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "La Ilaha IllAllah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat memjawab soalan mereka.






Semoga kita sama-sama dapat istiqamah dalam melakukan perkara-perkara tersebut. Amin. :)
Peringatan untuk diri sendiri , dan juga peringatan untuk semua.



Wednesday, 5 June 2013

Menangis


Menangis Bukan Berertinya Kita Lemah,

Mudah-mudahan Dengan Tertumpahnya Air Mata Itu,

Akan Tumbuh Sebuah Kematangan,

Hidup Ini Kalau Tak Pernah Menumpahkan Air Mata,

Kita Tidak Akan Dapat Menilai Betapa Berharganya Sebuah Kehidupan.







Tuesday, 4 June 2013

Kisah Lebah dan Lalat


      Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanAllah, tiada perbezaan antara keduanya. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi, perbezaannya pada sifat, sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama.

Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat orang munafik.

Pertama, lebah dan lalat kedua-duanya memasuki taman. Ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan manakala lalat pula akan hinggap di tempat yang kotor.

Kedua, makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga, lebah menyukai amal jamai' atau kerja berkumpulan manakala lalat pula suka membuat kerja seorang diri.

Keempat, lebah mempunyai wala kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala kepada Allah, Rasul dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima, lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi orang munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan 'jaja' perkara itu kepada orang lain.

Keenam, lebah menghasilkan ubat (madu), manakala lalat hanya memindahkan penyakit. Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. WAllahu'alam.


Sumber : NZ

Sunday, 2 June 2013

Tutorial Tudung



Ustaz Don Daniyal - Syarat Pakai Tudung Sempurna



MrTheAllshared - Tutorial Pemakaian Tudung




Penuhi 4 syarat ini, anda nak pakai tudung jenis apa pun pakailah :


1. Tudung itu mempunyai bahagian/lebihan kain yg terjuntai ke bawah.

2. Tudung itu bersifat selindung. apa itu selindung?

sifat-sifat selindung:
- tidak transparent
- longgar (tidak nampak bentuk tubuh badan)
- bahagian belakang badan tertutup/dilindungi tudung
- bahu dilindung tudung
- tidak nampak bentuk telinga
- takde bonggol unta
- dan so on


3. Tudung mesti tutup dada

4. Ikut mazhab syafie, ketika solat,kedua tangan kita diletakkan di atas pusat dan di bawah dada betul tak? ok untuk yg keempat senang je, anda lakukan perbuatan meletakkan tangan di atas pusat di bawah dada itu (seperti dalam solat), bila dikenakan tudung pada diri anda, tudung itu menutupi semua bahagian anggota badan di bahagian atas tangan anda. Jika semuanya tertutup dgn rapi, maka pemakaian tudung anda inshaAllah sempurna!




Secara Keseluruhan Pemakaian Seorang Wanita :
SUMBER

style="position:absolute;